fbpx

KOLHUB

Edit Content

Solutions

Resources

Kosmo!

NEWS

Kolhub sediakan influencers bantu pertingkat kempen promosi, jualan

June 9, 2022

KUALA LUMPUR – Trend menggunakan pempengaruh (influencers) untuk mempromosi dan meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang barangan serta perkhidmatan keluaran syarikat antarabangsa, korporat dan juga perusahaan tempatan kini lebih diyakini dan terbukti, malah mendapat sambutan baik daripada pasaran.

Bersandarkan kepada perubahan gaya hidup masyarakat ke arah digital dan media sosial itu, Kolhub yang mula bero­perasi pada tahun 2020 itu tangkas menguasai pasaran semasa de­ngan menyediakan platform bersepadu yang memberi pe­luang kepada semua jenama untuk mengendalikan kempen pemasaran melalui pempengaruh.

Pengurus Pemasaran Kolhub, Nora Mohd. Ali berkata, syarikat kini memiliki lebih daripada 3,000 pempengaruh dari pelbagai latar belakang, kerjaya dan umur meliputi kanak-kanak sehingga berusia 70 tahun.

Menurut beliau, menerusi idea kempen yang betul, kreativiti, kandungan dan juga pengaruh yang meluas daripada seseorang pempengaruh itu, strategi promosi serta pemasaran untuk mana-mana syarikat pastinya akan berjaya dan berkesan.

“Kami tidak menjanjikan ‘ROI’atau pulangan daripada kos yang dilaburkan dalam satu-satu kempen pemasaran tetapi kami menawarkan kesedaran jenama yang lebih baik dan berkesan serta berterusan sekali gus menarik lebih luas penguasaan pasarannya untuk jangka masa panjang,” katanya ketika ditemui Kosmo! dalam satu temu bual di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Merujuk kepada satu kaji selidik yang dijalankan oleh Rakuten, kira-kira 59 peratus daripada responden Malaysia memaklumkan bahawa mereka membeli sesuatu barangan atau produk kerana tahap keyakinan, pengalaman serta cadangan da­ripada pempengaruh.

Tambah Nora, bagi mana-mana syarikat korporat, agensi atau PKS yang mahu merancakkan lagi kempen promosi ser­ta pemasarannya, maka dialu-alukan menggunakan khidmat Kolhub sebagai usaha untuk meningkatkan daya saing selain mengu­kuhkan jenama syarikat
di pasaran.

“Hanya dengan kos serendah RM500, Kolhub sedia membantu usahawan kecil atau PKS untuk menggunakan khidmat pempengaruh yang bersesuaian dengan kempen pengiklanan syarikat bagi mencapai misi mengukuhkan kesedaran jenama,” jelasnya.

Beliau berkata, melalui perisian berteknologi tinggi yang dimiliki syarikat kini, mereka juga boleh menyediakan pempe­ngaruh yang bersesuaian dengan tema, konsep dan objektif syarikat.

“Bukan itu sahaja, perisian tersebut dapat menyediakan data analitik secara menyeluruh di pasaran untuk membolehkan pelanggan dapat melihat trend pasaran semasa.

“Ia juga akan menunjukkan penilaian pelanggan dan pasaran dari aspek jumlah individu yang suka terhadap kempen tersebut, individu yang berkongsi maklumat mengenai kempen tersebut, latar belakang dan umur pengguna serta lokasi mereka.

“Ia juga dapat mengesan jenis telefon bimbit pengguna yang menggunakan sistem android atau iPhone,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2022/06/09/kolhub-sediakan-influencers-bantu-pertingkat-kempen-promosi-jualan

Facebook
Twitter
LinkedIn
error: Content is protected !!
Open chat
💬 Need help?
Hey! 👋🏼 Reach out to us on WhatsApp for quick & personalized assistance. 📲💬